Upiak Isil

Silvia Nanda atau Nanda Silvia[1] atau lebih dikenali dengan nama Upiak Isil (lahir di Bukittinggi, Sumatra Barat, 24 Disember 1985; umur 34 tahun) ialah seorang penyanyi pop Minang serta pelawak Indonesia. Upik merupakan orang Minangkabau yang berasal dari Kota Bukittinggi dan dibesarkan di Kota Pariaman.Upiak Isil memulakan kerjayanya sejak usia 13 tahun sebagai penyanyi daerah di Sumatra Barat. Sejak saat itu, beliau menjadi penyanyi pop dengan membawakan lagu-lagu berbahasa Minang.[2]Pada hujung tahun 2017, nama Upiak Isil semakin dikenal sejak klip video yang berjudul Tak Tun Tuang sempat tular hingga ke negara-negara jiran di Asia Tenggara. Kini, Upiak Isil sedang memulakan kerjayanya dalam dunia hiburan nasional dengan mengeluarkan single perdana secara nasional yang berjudul Tak Tun Tuang pada tahun 2017.[3]